HOME: Home

Association of Plantation Alumni UiTM Malaysia [PAPU]

E-mail Print PDF

.

Persatuan Alumni Perladangan UiTM Malaysia

(PAPU)


Persatuan Alumni Perladangan UiTM Malaysia (PAPU) telah ditubuhkan secara rasminya pada 28 Julai 2011. Keahlian PAPU adalah terbuka kepada semua bekas pelajar sepenuh masa di dalam bidang perladangan di ITM @ UiTM seluruh Malaysia termasuk kolej-kolej bersekutu UiTM yang berkaitan. Antara matlamat dan tujuan utama PAPU ditubuhkan adalah untuk membantu UiTM di dalam pembangunan sumber manusia di dalam bidang perladangan dan agroteknologi. Selain itu, PAPU juga berperanan di dalam membantu ahli dan graduan perladangan mendapatkan pekerjaan dan peningkatan kerjaya di sektor perladangan dan agroteknologi. PAPU akan terus berusaha mencapai kegemilangan selari dengan aspirasi yang dibawa oleh UiTM ke era globalisasi yang lebih mencabar. Adalah diharapkan agar PAPU dapat menjadi sebagai jambatan penghubung antara bakal graduan UiTM dan industri di sektor perladangan dan agroteknologi.


Sertai kami di Facebook



Sijil Pendaftaran PAPU Surat Perlembagaan PAPU

Diperingkat Awal:
Program pengajian `Pengurusan Industri Perladangan` (Planting Industry Managemant) di ITM (kini UiTM) bermula dengan kemasukan kumpulan pelajar sulungnya pada tahun pengajian 1967/68. Graduan (DPIM) pertamanya dilahirkan pada tahun 1970.

Penghargaan:
Kepada pihak pengurusan ITM (kini UiTM) ketika itu dibawah kepimpinan En. Arshad Ayob (sekarang bergelar Tan Sri) yang telah mewujud dan menawar satu bidang pengajian yang baru, i.e. industri perladangan

Penambahbaikan:
Setelah 40 tahun berlalu, UiTM telah membuat rombakan dan penstrukturan semula terhadap program kursus yang ditawarkan, disamping menawarkan program2 baru keperingkat ijazah dan lepasan ijazah.

Transformasi:
Sebelum ini program kursus DPIM diletakkan dibawah kelolaan `School of Applied Sciences`, Kini semua program `perladangan dan agroteknologi` peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah diurus kendali oleh Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan kampus kampus cawangan.

VISI
Sebagai wadah untuk para anggota alumni merapatkan hubungan dikalangan anggota untuk kebaikan bersama, dan dengan `alma mater` bagi mendokong cita-cita UiTM melahirkan sumber modal insan yang berpengetahuan, berkaliber & berdaya saing dalam industri perladangan dan agroteknologi.

MISI
Pertama:
Bertindak sebagai rakan kerjasama dengan Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM dalam membangunkan bakal graduan yang berpengetahuan, berkaliber, disamping mempunyai daya saing dan kebolehpasaran

Kedua:
Mengembelengkan tenaga, ilmu, pengalaman, kepakaran dan rangkaian dikalangan anggota alumni ke arah memperkasakan industri perladangan dan agroteknologi menerusi hubungan dalam negeri dan luar negara

Ketiga:
Merapatkan hubungan silatur-rahmi dikalangan anggota alumni, disamping prihatin terhadap kebajikan mereka yang memerlukan bantuan

Ke empat:
Mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber kewangan dikalangan anggota alumni dalam mengusahakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan.


KAEDAH PERLAKSANAAN

Siri perbincangan mengenai penawaran program2 baru, dan menilai prestasi program sedia ada maklum balas terhadap prestasi graduan Fakulti Perladangan & Agroteknologi sedia ada siri perbincangan berhubung dengan peluang2 pekerjaan untuk bakal graduan, dan/atau `graduate employability`.

Menganjur siri ceramah motivasi untuk bakal2 graduan dikampus2 dengan kerjasama program pengajian & `Planters Guild` di kampus-kampus

Menganjur seminar, wacana dan yang seumpamanya bagi membangun & mengemaskini `databank` yang berkaitan dengan sumber pakar (`subject matter experts`), pengurusan, dll. dalam industri perladangan & agroteknologi.

Penganjuran aktiviti `reunion`: mengikut wilayah/kawasan, negeri, tahun keluaran, kampus dan sebagainya disamping menubuhkan `Tabung Kebajikan` bagi anggota.

Mengumpul dana untuk tujuan aktiviti ekonomi dan keusahawanan.

SENARAI PENUH AHLI JAWATAN KUASA
SESI 2013/2015



JAWATAN

NAMA PENUH

NO. TELEFON/

EMAIL

1.

PENGERUSI

HAJI MOHD JANI BIN HASHIM

(Alumni 1970/1973)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

2.

TIMBALAN PENGERUSI

PROF. MADYA HJ. ABD. RAZAK BIN BABA

(Alumni 1969/1972)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

3.

SETIAUSAHA

ABDUL RAZAK BIN ABU BAKAR

(Alumni 1976/1979)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

4.

PENOLONG SETIAUSAHA

HAJAH SEMEK BINTI DERAMAN

(Alumni 1969/1973)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

5.

BENDAHARI

HAJI ABDUL AZIZ BIN MOHD SAID

(Alumni 1968/1971)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

6.

AHLI JAWATAN

KUASA

AMINUDDIN BIN HJ. HARUN

(Alumni 1974/1977)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

7.

AHLI JAWATAN

KUASA

HAJI ABDUL RAZAK BIN ABDUL GHANI

(Alumni 1968/1971)

8.

AHLI JAWATAN

KUASA

ZAINURI BIN MOHD SALLEH

(Alumni 1973/1976)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

9.

AHLI JAWATAN

KUASA

ABD. RAHMAN BIN MD. SHAH

(Alumni 1969/1972)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

10.

AHLI JAWATAN

KUASA

MOHD RAZUAN BIN AYOB

(Alumni 2003/2006)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

11.

AHLI JAWATAN

KUASA

ROZAINI BIN ABD. GHANI

(Alumni 1988/1991)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

12.

AHLI JAWATAN

KUASA

FAIRUZ BIN KHALID

(Alumni 1996/1999)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

13.

AHLI JAWATAN

KUASA

ROSLAN BIN ROBANI

(Alumni 1976/1979)

14.

PEMERIKSA

KIRA-KIRA

HAJI HALAMY BIN HAMZAH

(Alumni 1970/1973)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

15.

PEMERIKSA

KIRA-KIRA

HAJI SHUIB BN ENDUT

(Alumni 1974/1979)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

16.

PEMEGANG

AMANAH

PROF. DATO’ DR. HJ. NASUDDIN BIN OTHMAN

(Alumni 1969/1972)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

17.

PEMEGANG AMANAH

HAJI NOOR FAADI BIN AHMAD DIN

(Alumni 1967/1970)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

18.

PEMEGANG AMANAH

HAJI BERAHIM BIN ITHNIN

(Alumni 1968/1971)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it





Borang pendaftaran keahlian PAPU


Sertai kami di Facebook