Persatuan Alumni Perladangan UiTM Malaysia

(PAPU)

 

Website: http://www.papu.com.my/

 

Persatuan Alumni Perladangan UiTM Malaysia (PAPU) telah ditubuhkan secara rasminya pada 28 Julai 2011. Keahlian PAPU adalah terbuka kepada semua bekas pelajar sepenuh masa di dalam bidang perladangan di ITM @ UiTM seluruh Malaysia termasuk kolej-kolej bersekutu UiTM yang berkaitan. Antara matlamat dan tujuan utama PAPU ditubuhkan adalah untuk membantu UiTM di dalam pembangunan sumber manusia di dalam bidang perladangan dan agroteknologi. Selain itu, PAPU juga berperanan di dalam membantu ahli dan graduan perladangan mendapatkan pekerjaan dan peningkatan kerjaya di sektor perladangan dan agroteknologi. PAPU akan terus berusaha mencapai kegemilangan selari dengan aspirasi yang dibawa oleh UiTM ke era globalisasi yang lebih mencabar. Adalah diharapkan agar PAPU dapat menjadi sebagai jambatan penghubung antara bakal graduan UiTM dan industri di sektor perladangan dan agroteknologi.

 

  

 

 

Sijil Pendaftaran PAPU Surat Perlembagaan PAPU

 

 

Latar Belakang

Diperingkat Awal:
Program pengajian `Pengurusan Industri Perladangan` (Planting Industry Managemant) di ITM (kini UiTM) bermula dengan kemasukan kumpulan pelajar sulungnya pada tahun pengajian 1967/68. Graduan (DPIM) pertamanya dilahirkan pada tahun 1970.

Penghargaan:
Kepada pihak pengurusan ITM (kini UiTM) ketika itu dibawah kepimpinan En. Arshad Ayob (sekarang bergelar Tan Sri) yang telah mewujud dan menawar satu bidang pengajian yang baru, iaitu industri perladangan

Penambahbaikan:
Setelah 40 tahun berlalu, UiTM telah membuat rombakan dan penstrukturan semula terhadap program kursus yang ditawarkan, di samping menawarkan program baru ke peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

Transformasi:
Sebelum ini program DPIM diletakkan di bawah kelolaan `School of Applied Sciences`, Kini semua program peringkat diploma, ijazah dan pasca ijazah diurus kendali oleh Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan kampus kampus cawangan.

 

 

Sertai kami di Facebook