DASAR DAN OBJEKTIF KUALITI

  1. Dasar Kualiti

    Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bertekad untuk melahirkan modal insan yang unggul melalui penyediaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dalam sektor perladangan dan teknologi pertanian yang memenuhi keperluan OBE bagi menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa dan senantiasa memenuhi keperluan pelanggan.

    FPA beriltizam untuk mengintensifkan aktiviti penyelidikan yang berorientasikan produk dan aktiviti jalinan industri dan komuniti untuk jangka masa panjang. FPA akan mengamalkan sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan serta akan melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk menjadi sebuah fakulti terunggul.

  2. Objektif Kualiti

    Objektif kualiti FPA adalah seperti berikut;
    1. Mencapai enrolmen 6,180 pelajar (seluruh sistem) menjelang 2020.
    2. Memastikan semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak setiap 3 tahun bagi program-program yang tempoh pengajiannya 3 tahun atau kurang dan 5 tahun bagi program yang tempoh pengajiannya adalah 3 1/2 hingga 4 tahun.
    3. Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar sepenuh masa bergraduat mengikut tempoh pengajian menjelang 2020.
    4. Memastikan sekurang-kurangnya 10 graduan kedoktoran menjelang 2020.
    5. Memastikan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90% dan 4% graduan bekerja sendiri menjelang 2020.
    6. Memastikan bilangan penerbitan berindeks mencapai 180 menjelang 2020.
    7. Memastikan geran penyelidikan terkumpul mencapai RM2 juta menjelang 2020.
    8. Memastikan sekurang-kurangya 4 produk didaftarkan hakcipta dan 1 produk dikomersilkan menjelang 2020.
Prosedur Kualiti (Operasi)Prosedur Kualiti (Pengurusan)Manual Kualiti