News Blog

JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN (SAMBILAN HARIAN) 2022

 🔊 KEPADA SEMUA YANG MASIH MENCARI PEKERJAAN 🔊

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam UiTM Dihatiku,

Berikut adalah pemakluman berkaitan jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi,

UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

 Iklan Jawatan Kosong 

Borang Permohonan

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir dan Kerani (Sambilan Harian) di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin.

 

 a) PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)

BUTIRAN JAWATAN

GAJI

 SYARAT LANTIKAN

 

Taraf Jawatan:
Sambilan Harian


Tempoh:
3 bulan

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

RM 72.00

/ hari

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia


b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


c) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 b)    KERANI (N19) 

BUTIRAN JAWATAN

GAJI

 SYARAT LANTIKAN

Taraf Jawatan:
Sambilan Harian

Tempoh:
3 bulan

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Bil. Kekosongan:
2

RM 54.00

/ hari

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia


b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  

c)    PEMBANTU TAMAN/LADANG (G19) 

BUTIRAN JAWATAN

GAJI

 SYARAT LANTIKAN

Taraf Jawatan:
Sambilan Harian

Tempoh:
3 bulan

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pertanian

Bil. Kekosongan:
3

RM 54.00

/ hari

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia


b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

2. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

 (a) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan skrol dan transkrip sijil/diploma
  • Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada)
  • Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan berkenaan.

(c) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(e) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

(f)  Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(g) Keutamaan adalah kepada calon yang tinggal di sekitar kawasan Merlimau, Sungai Rambai, Serkam dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan boleh melapor diri dengan kadar segera sekiranya diterima.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang perjawatan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) https://fpa.uitm.edu.my

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:

Dekan

Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

Kampus Jasin

77300 Merlimau

Melaka

(U.P: PUAN CHE HASNIYAH CHE HASSAN)

 
 

Tarikh tutup penerimaan borang adalah pada 16 Disember 2022 jam 5.00 petang.
Bil. Rujukan : 500-UITMKJ(FPA.19/5/4)
Bil. Iklan : 3/2022
Tarikh : 9 Disember 2022

 

 

 

 

 

Contact Us

FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Kampus Jasin, 77300 Merlimau
Melaka

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): dazhan@uitm.edu.my
Website Inquiry:
Webmaster: fpakorporat@uitm.edu.my

Tel : 06 - 264 5246 / 5247
Fax : 06 - 264 5249

Social Media

   

 

 

Please publish modules in offcanvas position.