
Misi
Memperkasa kecemerlangan akademik yang bertaraf antarabangsa melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat profesional untuk. merangsang transformasi dalam teknologi perladangan dan sektor pertanian.
Visi
Menjadi sebuah fakulti terunggul dalam bidang pengurusan perladangan dan agrotechnology dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti perundingan.
Perihal Perjalanan kami
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah ditubuhkan pada 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Misi fakulti adalah untuk memainkan peranan penting untuk melahirkan profesional yang terlatih dalam semua bidang perladangan dan industri berkaitan pertanian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program Diploma Pengurusan Industri Tanam (DPIM) merupakan program unggul apabila ia ditubuhkan pada 1967 di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. Fakulti meneruskan legasi menawarkan program DPIM yang mantap sehingga hari ini di kampus Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Melaka. Sepanjang 51 tahun penubuhan ini, program ini telah melahirkan lebih 7,000 graduan yang mendapat sambutan dan pengiktirafan daripada sektor swasta dan awam. Sebahagian daripada mereka telah menjadi pemimpin terkemuka dan kapten industri perladangan, dan ketua agensi kerajaan.
Fakulti amat komited dalam menyebarkan, menyampaikan dan memupuk pembangunan intelek dan penyelidikan untuk memenuhi keperluan perubahan sektor perladangan dan pertanian. Sehubungan itu, banyak program prasiswazah dan pascasiswazah telah ditawarkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sektor perladangan, pertanian dan agroteknologi.